Friday, 30 December 2011

Movie wit hubby

Today ambik 1/2 day kat opis sebab nak abiskan year 2011 leave hehehehe tinggal 1/2 day pun jea ....hahaha x tau nak pi mana kitaorg first time layan movie dekat MBO, Subang Parade .... cita "Darkness Hour" x lah best mana pun okay jealah ....

Sunday, 25 December 2011

My Niece Birthday

25/12 my sis buat bday for my anak buah nie .... just update jealah. X sempat nak buatkan apam polkadot for them sebab ingatkan sempat but bila buat castard tart tu x sempat pulaknye nak buat yang lain. Cake pulak my sis buy from shop dia x inform awal2 ....

Wednesday, 21 December 2011

Closing 2011

Closing my 2011 with sadness ... my bff "Anushree"resigned !!! she wanted to be "Surirumah tangga sepenuh masa" for her childrens & hubby. So on her last day we had celebrating her "Farewell Party" but for us is just "Hang Out Day" for us .... 1st time my bff dapat lepak lama & we had very gud time together .... As she mentioned " Friendship forever and ever" .... here some pics



Sunday, 18 December 2011

Brownies - Minum Petang



Semalam cam teringin jea nak makan brownies but icecream x ada pulak kat umah. So makan dengan milk chocolate jek lah .... pagi nie bawa pi office kekawan cakap sedap but manislah ... i pun rasa macam manis jea ... so next time kena kurang kan gula !!!

Today Lunch

Hari nie rasa malas nak masak tapi tekak terasa nak mamam asam pedas ... so nak x nak pi lah kedai beli bahan2 untuk masak lunch ari nie ... Hasilnya seperti dibawah :-





 Lepas abis makan terasa macam nak makan brownies pulak. Sekejap lagi will update the brownies ...

Friday, 16 December 2011

Apam Polkadot






Resepi dari myresepi.com :-


  • 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa pewarna
Cara-Cara
  • masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  • bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  • masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
  • picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  • letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  • picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  • last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak

Wednesday, 14 December 2011

Pandan Layer Cake - Salam AidilAdha


Nie pulak favorate mr. hubby - buat masa AidilAdha lepas ....

Resepi ambik kat myresepi.com frm Mat Gebu ....


  • BAHAN2 UNTUK KEK:-
  • 5 biji telur Gred A
  • 160 g gula
  • 125 g tepung gandum*
  • 1 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 75 g minyak jagung
  • 15 g ovallate
  • 1 camca teh paste pandan
  • 2 camca besar susu segar/cair
  • BAHAN2 UNTUK KASTARD:-
  • 1050 g santan
  • 225 g gula
  • 10 g serbuk jelly
  • 1 camca teh paste pandan
  • 100 g tepung Hoen Kwee (warna hijau)
  • 75 ml jus pandan (kisar 4 helai dan pandan dgn 75 ml air, kemudian tapis)
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. UNTUK KEK:- Satukan telur, ovalatte, gula dan paste pandan. Pukul hingga kembang dan gebu. Perlahan kan speed dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu. Gaul rata.
  2. Masukkan minyak jagung dan gaul rata. Tuang dalam tin berukuran (8 x 8 x 3) inci yg telah di sapu dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas. Sapukan juga permukaan kertas dgn mentega.
  3. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit. Bila masak keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Kecilkan sedikit kek dgn cara memotong bhg tepi kek sehingga menjadi (7 x 7) inci. Kemudian potong mendatar sebanyak 3 keping.
  4. UNTUK KASTARD:- Satukan semua bahan2 untuk kastard dalam bekas tahan panas. Masak diatas air mendidih (secara double boiler), gunakan wisk, kacau hingga pekat dan berkilat. Mastikan api dan biar suam sedikit sebelum dilapis dgn kek.
  5. UNTUK MEMBUAT KEK LAPIS PANDAN:- Gunakan tin berukuran (8 x 8 x 3) inci. Tuang 1/3 adunan kastard dan ratakan. Lapiskan dgn sekeping kek. Tekan sedikit. Tuang lagi 1/3 kastad dan lapiskan dgn sekeping lagi kek. Ratakan biar memenuhi bhg yg kosong. Lapiskan lagi dgn sekeping kek dan kemudian kastard dan diakhiri dgn kek. Isi ruang2 tepi kek dgn lebihan kastard.
  6. Kemudian masukkan dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam. Keluar kan kek dari acuan dan salut dgn kelapa kering.
  7. Bahagian yg berkastard tu di atas dan kek dibawah. Ini bermakna kek nie dimulai dgn bhg kastard dan akhir dgn kek..

Carrot Cake



my favorate cake ever .... carrot cheese cake!!!

Resepi :-


  • 3 cawan lobak merah -di parut

  • 4 biji telur

  • 1 1/4 cawan minyak sayur

  • 2 cawan gula

  • 2 cawan tepung gandum

  • 1 cawan golden raisin

  • 1 cawan walnut- roast & crush

  • 1 sudu teh garam halus

  • 2 sudu teh soda bikarbonat

  • 2 sudu teh baking powder

  • 1 sudu teh serbuk kayu manis (optional) - kalau letak pun x rasa sangat pun 


  • Topping/Glazing


  • 1 1/4 cawan gula icing

  • 250 gram creamcheese piladelphia

  • 1 sudu teh vanilla extract


  • Cara-Cara:-
    •  Ayak tepung bersama garam, baking powder & soda.
    • Masukkan pula parutan lobak merah, walnut &raisin kedalam tepung. Gaul rata.
    • Didalam bekas lain, pukul telur,minyak & gula hingga sebati.
    • Masukkan campuran telur kedalam campuran tepung dan gaul rata.
    • Masukkan adunan kedalam loyang 10" yg telah di gris.
    • Bakar didalam oven yg telah dipanaskan selama 50-60 min pada suhu 175C atau sehingga masak.
    • Bila sudah masak, keluarkan dah sejukkan dan masukkan kedalam peti sejuk sehingga betul2 sejuk.
    • Setelah sejuk, boleh dihias dengan creamcheese glazing.
    • Topping/Glaze- Pukul creamcheese bersama gula icing dan vanilla extract.

    Cup Cakes

    Minggu nie demam melanda. Mr. hubby dengan I sekali kena bersama2 hehehehe .... dah berapa hari melepek jea ari nie ada kudrat nak buat cup cakes .... tangan dah gatal ....



    Pagi nie bawa pi opis, kekawan cakap sedap.... ummmmhhh berbunganye hati bila org puji .... thanks to akak http://juicycafe.blogspot.com/search/label/CUPCAKES for the resepi ...

    Saturday, 10 December 2011

    Dinner for today

    Dah x tau nak makan pa today. Dlm fridge ada paratha so masak sambal goreng ikan bilis cicah dengan paratha ... Layanzzzzz

     

    Friday, 9 December 2011

    Seafood Lasagne

    Just saja2 jea buat lasagne utk bfast dengan geng2 yang dah nak resign kat office .... Yealah kan x tahu bila lagi boleh jumpa lepas nie ... I get the resepi from www.myresepi.com

     
    Bahan-Bahan:- 
    5 Keping Lasagne (mengikut besar bekas pembakar)
    1/2 Biji Bawang Besar (tidak perlu hiris)
    1 Sudu Kecil Mix Herba (boleh juga pakai duan ketumbar)
    2 Ekor Sotong Basah (dicincang kecil)
    15 Ekor Udang Kecil (dicincang kecil)
    2 Keping Crabstick (dicincang kecil)
    1 Batang Daun Ketumbar (dicincang halus)
    400 ml Susu Segar (Susu Full Cream)
    Grated cheese
    Lada Hitam & Garam (secukup rasa)
    1 inci Mentega Farm Cow (Guna Mentega lain pun boleh)
    3 Sudu Tepung Jagung (tidak perlu dibancuh bersama air)
    Cara-Cara:-
    1) Panaskan periuk menggunakan api yang sederhana, kemudian masukkan susu segar, mix herba dan 1/2 biji bawang besar sehingga susu panas dan tidak perlu mendidih. Tapis susu dan buang bahan yg lain.
    2)Panaskan periuk lain dengan menggunakan api yang sederhana, kemudian masukkan 1 inci mentega Farm Cow. Biar sehingga mentega cair dan masukkan 3 sudu tepung jagung, kemudian kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul
    3)Setelah sebati, masukkan susu yg telah ditapis dan kacau. Kemudian masukkan sotong basah yang dicincang kecil, udang kecil yang dicincang kecil, crabstick yg dicincang kecil, daun ketumbar yg dicincang halus dan kacau sehingga sotong dan udang masak.
    4) Setelah masak, tutup api dan letak ke tepi sementara. Lasagne yg dikeringkan diletak ke dalam bekas pembakar sehingga menutup bawah bekas, kemudian letakkan sos yg telah siap dimasak ke atas kepingan lasagne. Kemudian taburkan keju yang telah dicincang halus. Ulangi langkah tersebut sehingga diakhiri dengan keju.
    5)Setelah siap masukkan dalam oven elektrik bukan microwave oven dalam suhu 180c dalam masa 30 minit, jika menggunakan dapur gas sila panaskan oven dahulu sebelum memasak. Boleh tambah masa jika keju di atas tidak cair atau kuning keemasan.
    Lepas makan apa lagi bergambar lah pulak ...

    Monday, 5 December 2011

    Sago Gula Melaka

    Thanks to my dear fren Anushree on her ordered. She order to "belanja" her colleague breakfast sebab dia resign. Pelikkan selalunya org buatkan farewell but this girl pulak yang belanja .... heheheh 




    Kekawan comments kurang manis ... I will take note mayb sebab I nie x kuat manis kot sebab tu bila letak gula jea rasa macam dah cukup manis ... so next boleh lah ambik order lagi ...
     

    My sis birthday @ 05/12/11

    My anak buah call on 04/12/11 dalam pukul 1 pm tetiba jea suh buatkan cup cakes for her mother which is my sis lah .... Shasha my 2nd niece dekat UITM, Melaka n this week dia x da kat sini so antar I lah to deliver the cup cakes to her mother .... Resepi from http://juicycafe.blogspot.com/ thanks dear!!








    Sunday, 4 December 2011

    Friday, 2 December 2011

    Lunch request from Hubby

    Today ingatkan nak masak asam pedas n lemas pucuk manis but huby request suh masak nasi ayam lak .... so first time lah cuba masak nie ... Alhamdullilah jadi gak lah but huby ckp sambal x pedas lagi bagus kalau ada cili api huhhhh ....




    Wednesday, 30 November 2011

    Clips Tudung - For Sale

    Pada sesiapa yang berminat, sila hubungi saya melaluli email yea : msarena@maxis.com.my






    RM22 including post

    Tuesday, 29 November 2011

    Icecream

    First time try buat icecream nie ... alhamdullilah jadi cuma comments from kawan2 kurang manis ....


    Resepi untuk icecream nie senang jea :-

    I get from myresepi.com .....

    • 2 cup coffee-mate
    • 2 cup yogurt drink or flavor milk drink
    • blend kedua2 bahan nie sampai berbuih ...
    • than masuk dalam freezer lepas 3 jam blend sekali lagi
    • kemudian masuk semula dalam freezer sehingga keras ...
    • boleh dimakan bersama fresh fruits or chocolate topping or ikut suka anda ...


    Monday, 28 November 2011

    Masak Lada Ikan Pari


    Resepi nie dari my sister ... family kitaorg suka sangat



    • Ikan ikut suka (tenggiri, pari - paling sedap,ikan talang masin - pun sedap)
    • Bawang Putih - 6 ulas (yang kecik2 tu tau) Bawang Merah - 3 ulas ** kalau suka letak bawang lebih ok jea***
    • Jintan Manis - sikit jea jgn banyak nanti pahit
    • Jinta Putih - sikit jea
    • Lada Hitam - ikut suka kalau nak pedas bubuh banyak lah
    • Cili boh (ikut suka kalau nak pedas bubuh banyak)
    • Belacan (Sedikit)
    • Kacang Bendi/terung (ikut suka) 
    • Minyak Masak
    • Air Asam Jawa 
    • Daun limau perut 
    Cili boh di blend dengan jintan manis, jintan putih, lada hitam, bawang merah, bawang putih & belacan. Kemudian tumis semua bahan tadi bersama daun limau perut hingga pecah minyak. Kemudian masukkan air asam jawa. Than masukkan ikan, tunggu sehingga kuah mendidih masukkan kacang bendi or terung .... Dalam 10 minit boleh tutup api & hidangkan